Catat Kerugian Besar, Saham Syarikat AirAsia Susut

348

Saham AirAsia X Bhd (AAX) mengalami penyusutan pada sesi dagangan pagi ini selepas syarikat terbabit mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM5.67 bilion pada suku yang berakhir 31 Mac 2021.

Saham syarikat terbabit merosot 7.14% atau setengah sen kepada 6.5 sen, sekali gus menjadikan permodalan pasarannya bernilai RM252.78 juta.

Kaunter berkenaan turut menyaksikan 15.25 juta sahamnya diniagakan.

Saham syarikat induknya, AirAsia Group Bhd (AirAsia) turut mencatatkan penurunan sebanyak 4.19% atau 3.5 sen kepada 80 sen, meletakkan permodalan pasarannya bernilai RM3.05 bilion. Kaunter itu menyaksikan 7.58 juta saham didagangkan.

Menurut PublicInvest Research, semua harapan diletakkan terhadap AAX untuk berjaya menyusun semula hutangnya dengan pembiayaan ekuiti baharu daripada pelabur sedia ada dan baru, untuk menyediakan modal yang mencukupi bagi memulakan operasinya apabila sempadan antarabangsa dibuka semula.

Firma tersebut menerusi nota penyelidikannya berkata, dalam tempoh 15 bulan berakhir 31 Mac 2021 (15MFY21), kerugian teras AAX meningkat sebanyak RM7.01 bilion daripada RM1.42 bilion bagi 12MFY21.

PublicInvest Research mengekalkan saranan ‘underperform’ dengan harga sasaran selama 12 bulan sebanyak 1 sen.

Tambah firma itu, tiada perubahan yang dibuat terhadap unjuran untuk AAX kerana syarikat itu masih dalam proses penyusunan semula hutangnya bagi meningkatkan pembiayaan ekuiti baharu untuk menyediakan modal yang mencukupi sewaktu memulakan operasinya selepas sempadan antarabangsa dibuka semula.

Bagi 18MFY21, PublicInvest Research mengunjurkan AAX akan merekodkan kerugian bersih sebanyak RM1.97 bilion manakalah bagi tahun kewangan 2022 (FY22), firma itu menjangkakan AAX mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM783 juta dan kerugian bersih sebanyak RM673 juta pada 2023.

Dari perspektif perolehan per saham (EPS), EPS kumulatif AAX dijangka akan mengalami kerugian sesaham (LPS) sebanyak 47.5 sen pada 18MFY21. Untuk FY22, AAX diunjur merekodkan LPS sebanyak 17.8 sen dan 16.2 sen bagi FY23.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat