Chainlink (LINK) Bakal Tampil Gah – Bekas CEO Google Kini Bersama LINK!

1,080

Bagi yang belum terbiasa mendengar nama Chainlink, ia merupakan antara kripto yang dikenali ramai di samping Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan XRP. Ia dibangunkan sebagai rangkaian blockchain desentralisasi yang menghubungkan jurang antara oracle yang menghantar data dunia sebenar dan kontrak pintar yang wujud di blockchain.

Chainlink mampu menghasilkan beberapa sub-kontrak dan pada masa yang sama mendapatkan maklumat daripada nodes yang dipercayai dan oracles untuk ketepatan yang premium. Secara umumnya, Chainlink merupakan rangkaian yang mengetengahkan sistem terbuka. Sesiapa sahaja boleh menyertai rangkaian ini, menyediakan maklumat kepada rangkaian atau menyelesaikan ‘tugas’ Chainlink dengan membantu operasi nodes dan oracles bersekutu.

Menjelang tahun 2022, Chainlink berhasrat untuk membawa syarikat mereka ke satu tahap yang baru dengan laporan terkini menunjukkan mereka telah mengambil bekas CEO Google Eric Schmidt sebagai penasihat strategik. Tugas Schmidt adalah untuk membantu, membimbing dan memandu Chainlink ke arah yang lebih tepat.

Pasukan yang dipimpin Schmidt ini akan memberi tumpuan dalam membangunkan dan melaksanakan data dunia sebenar untuk digunakan sebagai kontrak pintar yang dibina pada pelbagai rantaian blok. Ini dapat dicapai dengan menggunakan rangkaian oracle, yang menghubungkan sistem web 3.0 dengan pangkalan data lama.

Menurut pengasas bersama Chainlink Sergey Nazarov, rangkaian blockchain dan oracle Chailink sedang berada pada titik perubahan yang penting. Justeru pengalaman dan pandangan Schmidt dalam membina platform perisian global untuk inovasi generasi akan datang adalah sangat diperlukan untuk menyambut era baharu ekonomi.

Eric Schmidt telah membantu Google meningkatkan infrastrukturnya, termasuk IPO $23 bilion, semasa mempengerusikan pelancaran Gmail, Peta Google, Chrome, Adsense dan Fiber. Beliau juga merupakan pengerusi lembaga inovasi Jabatan Pertahanan, dan Suruhanjaya Keselamatan Negara dalam kecerdasan buatan.

Berita ini dapat ditafsrikan sebagai satu catalyst yang positif untuk komuniti Chainlink dan menghadirkan harapan baru terhadap kripto tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat