China Henti Perang Cip Semikonduktor Dengan Amerika

255
  • Beijing cuba elak pelaburan tidak membuahkan hasil
  • China sedang cari alternatif bantu pembuat cip tempatan

Ekonomi gergasi kedua dunia, China terpaksa melupakan hasratnya untuk bersaing dengan Amerika Syarikat selepas ia menghentikan pelaburan besar-besaran dalam pembangunan cip.

Pegawai atasan kini dilaporkan sedang mencari cara untuk beralih dari subsidi yang telah mereka laksanakan untuk meningkatkan peluang China mengeluarkan cip yang mampu bersaing dengan pengeluaran AS.

Tindakan itu sebahagiannya adalah tindak balas kepada subsidi yang gagal membuahkan hasil yang diharapkan serta tekanan kewangan yang tercetus akibat Covid-19.

Rentetan itu, pemimpin China sedang mencari cara untuk membantu pembuat cip tempatan, termasuk dengan mengurangkan kos bahan semikonduktor.

Ini secara tidak langsung akan menandakan perubahan dalam pendekatan Beijing ke arah industri yang dianggap penting untuk mencabar dominasi Amerika serta melindungi daya saing ekonomi dan ketenteraan China.

Beijing telah melabur berpuluh-puluh bilion ke dalam industri sepanjang dekad lalu dan membangunkan Dana Pelaburan Industri Litar Bersepadu Nasional (NICIIF), sebuah dana pelaburan kerajaan untuk mengembangkan keupayaan pembuatan semikonduktor.

NICIIF digunakan oleh China untuk membantu beberapa pengeluar cip tempatan seperti Semiconductor Manufacturing International Corp. dan Yangtze Memory Technologies.

Namun, syarikat-syarikat itu menjadi sasaran kawalan eksport yang dilaksanakan pentadbiran Biden untuk menyekat akses kepada cip gred tentera.

Pengeluaran juga telah terjejas teruk akibat dasar sifar Covid yang memperlahankan pembuatan dan menyekat akses produk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat