China Nak Tamatkan Larangan Ke Atas Arang Batu Australia? Ini Berita Baik!

241

China dikatakan sedang bercadang untuk menamatkan larangan ke atas arang batu Australia yang telah dilaksanakan hampir dua tahun susulan kebimbangan terhadap gangguan bekalan mungkin lebih buruk susulan perang Rusia di Ukraine.

Menurut sumber yang mengetahui rancangan itu, cadangan tersebut mungkin akan dikemukakan kepada pemimpin kanan untuk Beijing menyambung semula import Australia.

Ini susulan kekhuatiran bahawa sekatan diketuai negara Barat terhadap tenaga Rusia akan meningkatkan persaingan untuk arang batu daripada pembekal utama China seperti Indonesia.

Sekatan Barat yang dilaksanakan juga boleh menambah tekanan ke atas pasaran global di tengah-tengah peningkatan permintaan untuk bahan api itu dan bekalan global yang semakin mengetat.

China yang pernah menjadi pengguna utama arang batu Australia, telah melaksanakan larangan tidak rasmi pada penghujung 2020 apabila ketegangan antara Canberra dan Beijing semakin memuncak berhubung gesaan perdana menteri ketika itu Scott Morrison untuk menyiasat tentang asal usul Covid-19.

Sementara itu, Menteri Luar China Wang Yi mengatakan Beijing bersedia untuk memperbaiki semula hubungan antara dua negara pada harri Jumaat.

Namun begitu, Australia perlu membetulkan pemahamannya tentang China dan tidak mencetuskan perbezaan serta mengelak daripada bersepakat dengan negara lain untuk memulaukan negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat