China Tak Habis Lagi Balas Dendam!

443

Kementerian Perdagangan China mengumumkan Beijing akan mengenakan duti anti-lambakan sementara ke atas wain yang diimport Australia mulai 28 November, satu langkah yang mungkin akan meningkatkan lagi ketegangan perdagangan dan diplomatik antara dua negara itu.

Pengimport yang membawa produk perlu membayar deposit kepada pihak berkuasa kastam China, di mana ia akan dikira berdasarkan kadar berbeza yang diberikan kepada syarikat-syarikat pengeluar.

Kadar yang diperlukan untuk Treasury Wine adalah 169.3%, iaitu yang tertinggi di antara semua syarikat wain yang disebut dalam pernyataan tersebut. Susulan itu, saham Treasury Wine Estates Australia, syarikat pembuat wain terbesar dunia yang tersenarai di dunia, jatuh lebih 13%.

Bagaimanapun, Kementerian Perdagangan China tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai berapa lama langkah ini akan dikenakan.

China adalah pasaran utama untuk eksport wain dan juga rakan dagang terbesar Australia, yang menyumbang 39% daripada jumlah penghantaran dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2020.

Susulan daripada itu, Menteri Pertanian Australia, David Littleproud meluahkan kekecewaannya terhadap keputusan China dengan mengatakan tindakan ini adalah sesuatu yang akan diperjuangkan oleh Australia dengan kuat.

Serangan terbaru daripada China ini bagaimanapun, gagal menghalang peningkatan buat matawang dolar Aussie yang mendaki lebih tinggi pada sesi dagangan hari ini menghampiri paras tertinggi 2 bulan susulan kelemahan US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat