CIMB Buat Pembaharuan Dengan Penciptaan Akaun Simpanan Islam Digital Pertama

1,286

Akaun Simpanan-I CIMB OctoSavers merupakan akaun simpanan Islam digital pertama yang dilancarkan oleh CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd serta dengan CIMB OctoDebit MasterCard yang baharu.

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan, Akaun-I OctoSavers disediakan adalah untuk memudahkan pelanggan baharu bagi pembukaan akaun dan proses penyertaan yang dilakukan secara dalam talian dan seterusnya kad debit akan dihantar kepada pelanggan.

Selain itu, dengan memanfaatkan penggunaan garis panduan Kenali Pelanggan Anda secara elektronik (e-KYC), prosedur pembukaan akaun dalam talian dapat dilakukan sepenuhnya.

Dalam masa yang sama, Bank Negara Malaysia dan CIMB dapat memenuhi keperluan untuk menjalankan usaha kepada pelanggan melalui cara elektronik, termasuk dalam talian dan saluran mudah alih.

Perlaksanaan digital yang meluas secara tidak langsung dapat membantu dalam melindungi pelanggan ketika pandemik yang mana mereka tidak lagi perlu mengunjungi cawangan bagi melaksanakannya.

Pelanggan baharu yang merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas boleh membuat permohonan untuk Akaun-I OctoSavers melalui aplikasi CIMB Apply.

Proses pengesahan pelanggan melalui e-KYC akan dilaksanakan melalui aplikasi.

Bagi pelanggan CIMB yang sebelum ini mempunyai akaun simpanan atau semasa dengan alamat di Malaysia boleh memohon untuk pembukaan Akaun-I OctoSavers melalui laman web rasmi CIMB Clicks.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat