Coinbase Bakal Senaraikan Token Gaming Baharu Ini Pula!

91

“Adakah token ini berpotensi untuk masa hadapan?”

Susulan ingin menyelami dunia Web3, syarikat exchanger mata wang kripto Coinbase bakal menambah aset digital baharu dalam tempoh beberapa minggu lagi sebagai sebahagian daripada pelan penyenaraian mereka.

Dilaporkan bahawa Coinbase akan menyertakan kripto gaming berasaskan non-fungible token (NFT) digelar Voxies (VOXELS), aset digital bersandarkan polygon yang membenarkan pemain membeli senjata, perisai dan item dalam permainan lain.

VOXELS turut memberi peluang kepada pemain untuk memenangi ganjaran, di mana harga aset digital itu setakat ini berlegar pada paras $0.3893 dengan bekalan edaran secara keseluruhannya sebanyak 103 juta token.

Coinbase selepas menyenaraikan kripto berasaskan ERC-20 Audius (AUDIO), Threshold (T) dan Axelar (AXL), syarikatnya kini berhasrat menambah aset digital Liquid Staked ETH atau LSETH yang memiliki had pasaran $5.6 bilion.

Namun, Coinbase tetap akan menyelidik sekali lagi aset digital yang ingin disenaraikan dan mungkin terdapat beberapa kripto tidak akan tersenarai dalam pelan penyenaraian tersebut.

Pun begitu, AXL barangkali terkecuali susulan aset digital itu akan tersenarai dalam Coinbase pada hari ini 7 Februari.

Coinbase didapati melaksanakan pelan hala tuju bagi mengurangkan perdagangan orang dalam serta meningkatkan ketelusan ekosistem syarikat tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat