Corak Kenaikan Harga Pada Carta GBP/USD Sudah Berakhir?

270

Pound Sterling pamerkan penyusutan berbanding US dolar pada dagangan awal minggu ini dengan tumpuan pelabur terarah kepada laporan data pekerjaan UK yang akan diterbitkan pada awal sesi Eropah hari ini (Selasa).

Pelabur akan mendapatkan petunjuk untuk rancangan bank pusat England (BOE) untuk pengetatan polisi selepas sampaikan kenyataan bernada hawkish pada mesyuarat dasar yang terbaru.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga telah susut lebih rendah di bawah paras 1.36000, memberi isyarat awal untuk perubahan trend bearish.

Penurunan harga pada dagangan awal minggu juga didorong oleh pengukuhan US dolar ekoran sentimen pasaran dilihat kembali berisiko semula.

Pelabur bersedia untuk penurunan lebih rendah harga selepas harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) dengan paras 1.36000 kembali diuji pada sesi Asia pagi ini.

Penurunan selanjutnya dijangkakan akan kembali menguji zon RBS (resistance become support) 1.35000 selepas harga berjaya tembusi kenaikan di atas paras tersebut pada awal Oktober.

Penurunan yang masih diteruskan bakal menuju zon support yang menjadi tumpuan harga pada penghujung September lalu iaitu sekitar 1.34200.

Namun jika harga kembali menyambung corak kenaikan pada minggu lalu, zon resistance 1.37000 bakal dicapai selepas 2 minggu harga berlegar di bawah zon tersebut.

Momentuh kukuh kenaikan harga yang berjaya dikekalkan berkemungkinan mampu melonjakkan harga sehingga ke paras ketinggian 1.38000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat