Counter Attack! Ukraine Serang Balas ‘Kaw-Kaw’ Atas Kekejaman Rusia

513

‘Yang dibuli mula balas balik kepada si pembuli.’

9 bulan selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, kini giliran Volodymyr Zelenskiy membuat serangan balas dengan mencetus kebakaran di 3 lapangan terbang negara pimpinan Vladimir Putin.

Menariknya, kebakaran di lapangan terbang itu dibuat menerusi serangan dron jauh berkilo-kilo meter dari Ukraine yang berjaya menembusi ruang udara Rusia.

Pihak Ukraine setakat ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan mereka bertanggungjawab atas kebakaran itu namun dilihat meraikannya.

Kementerian Pertahanan Ukraine, Oleskiy Reznikov jelas gembira dan secara sinisnya berkata ‘Rusia tidak patut merokok di tempat larangan merokok’.

Pada Isnin lalu kerajaan Rusia melaporkan bahawa beberapa lapangan terbang antaranya di Engels dan Ryazan diserang oleh dron dipercayai milik Ukraine, beratus-ratus kilometer dari Kyiv.

Kejadian terbaru dikatakan berlaku di Kursk, kira-kira 90 kilometer dari sempadan Ukraine, dengan pihak berkuasa Rusia memaparkan gambar asap hitam memenuhi ruang udara lapangan terbangnya pada Selasa.

Serangan telah menyebabkan 3 kematian, pegawai Kementerian Pertahanan terkorban dan ratusan bangunan berhampiran musnah.

Rusia juga melaporkan bahawa Washington turut terlibat dalam serangan tersebut dengan Setiausaha Negara Antony Blinken mengatakan Amerika Syarikat (AS) akan terus menyalurkan senjata kepada Ukraine sebagai pertahanan.

Dalam pada itu, Zelenskiy dikatakan melawat kem tentera berhampiran barisan hadapan di timur Ukraine pada hari sama serangan berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat