Cucuk Langit, GBP/USD Terpacak Lebih 300 Pips!

232

Pound terus didagangkan kukuh berbanding US dolar pada dagangan Khamis semalam menyambung corak kenaikan yang dipaparkan pada Selasa lalu.

Perkembangan polisi oleh kerajaan dan bank pusat di UK terus mendapat perhatian pasaran dan masih mempengaruhi pergerakan tak menentu buat mata wang Pound.

Setelah rancangan pemotongan cukai tidak diteruskan, pasaran menantikan pengumuman oleh Canselor Perbendaharaan Kwasi Kwarteng, namun beliau memaklumkan butiran lanjut akan dibentang di belajawan pada penghujung Oktober ini.

Sementara, situasi penyusutan US dolar menuju ke penghujung minggu ini selepas pasaran menghadam terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) turut memberi ruang untuk Pound meningkat.

Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat telah memaparkan kenaikan harian semalam sekitar 320 pips!

Harga yang memulakan kenaikan di awal sesi Eropah melepasi rintangan awal pada 1.11000 kemudiannya meneruskan pendakian melepasi beberapa paras tumpuan termasuk 1.12000 dan 1.13000.

Paras ketinggian mingguan terbaru untuk minggu ini dicatatkan pada 1.13800 di sesi New York semalam sebelum harga mula mendatar bersambung ke sesi Asia pagi ini (Jumaat) di sekitar 1.13000.

Selepas lonjakan melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD, harga dijangka meneruskan pendakian lebih tinggi dengan sasaran menuju ke zon rintangan pada 1.15000 pula.

Melepasi ketinggian minggu lalu itu, harga boleh catatkan paras tertinggi terbaru 4 minggu dengan sasaran seterusnya adalah pada zon 1.16000.

Namun, waspada jika harga kembali menjunam semula ekoran ketidaktentuan politik dan kewangan di UK yang boleh menekan mata wang Britain itu.

Harga akan kembali susut ke paras-paras tumpuan 1.12000 dan 1.11000 sebelum ke zon RBS (resistance become support) pada 1.09000 setelah pelabur menilai isyarat perubahan trend harga.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat