Cukai Korporat Ditingkatkan Kepada 28%, Biden Terbuka Untuk Cadangan Baru

260

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah mengumumkan cadangan untuk cukai korporat ditingkatkan kepada 28% daripada 21% yang akan menjadi penyumbang utama kepada pelan infrastruktur $2 trilion beliau.

Dalam ucapannya, beliau terbuka untuk sebarang perbincangan selepas wartawan bertanyakan sama ada beliau bersetuju sekiranya kadar cukai diturunkan di bawah paras 28%.

Beliau menyatakan pasti ada pihak dari Demokrat dan Republikan yang bersetuju atau tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, tetapi itu adalah perkara yang baik untuk perdebatan dan penyelesaian masalah dalam bentuk demokrasi.

Pada minggu hadapan, Biden bersama Timbalan Presiden akan bersama-sama mendengar cadangan dari semua pihak dan terbuka untuk idea-idea menarik dan bernas. Ini adalah yang terbaik daripada tidak berbuat apa-apa.

Biden telah membentangkan pelan pelaburan 8 tahun untuk pembinaan jalan raya, jambatan, membaik pulih kediaman, meluaskan akses internet jalur lebar, kebajikan untuk golongan berusia, membiayai pembuatan domestik, dan pembinaan rel kelajuan tinggi.

White House melihat rancangan Biden tidak akan menambahkan hutang negara untuk jangka masa yang panjang. Sumbangan terbesar adalah daripada cukai korporat yang ditingkatkan kepada 28% selepas bekas Presiden, Donald Trump melaksanakan pemotongan cukai pada tahun 2017.

Manakala pelan belanjawan AS akan dibentangkan oleh White House pada Jumaat ini yang akan menjadi tumpuan pasaran.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat