Curi ‘Wallet’ Kripto Milik Penerbit Filem, Pelakon Mas Khan Didenda RM17,000

763

Mahkamah Majistret Ampang semalam telah menjatuhkan hukuman setelah tiga kali sebutan kes mencuri ke atas pelakon Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan.

Mas Khan, 26 yang pernah membintangi filem ‘Abang Long Fadil 2’ dan ‘Misteri Dilaila’ itu didenda RM17,000 atau penjara 26 bulan jika mendapati gagal membayar denda tersebut.

Kes kecurian itu melibatkan ‘wallet’ matawang kripto milik penerbit filem Datuk A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 50 yang bernilai RM213,805.

Sebelum ini pelakon tersebut melalui pertuduhan pertama, melibatkan kecurian matawang kripto A Aida yang bernilai RM59,804.15, didenda RM7,000 atau penjara 12 bulan.

Pertuduhan kedua pula, didenda RM10,000 atau penjara 14 bulan atas kecurian matawang kripto bernilai RM154,000.85.

Kedua-dua jenayah tersebut berlaku pada 7 Mac 2019 di Taman Ukay Perdana, Ampang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendedahan laporan kes ini juga turut memberi gambaran bahawa pelaburan matawang kripto turut menjadi perhatian selebriti atau orang kenamaan yang melihat aset digital ini sebagai pelaburan jangka masa panjang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat