CVS Health – Farmasi Pertama Yang Bakal Tembus Metaverse?

240

Farmasi terbesar dunia, CVS Health telah menfailkan permohonan tanda dagangan (trademark) bagi tujuan menjual item maya yang boleh dimuat turun dan penawaran perkhidmatan kesihatan di ruang metaverse.

Difahamkan CVS mahu menjual ubat preskripsi dan produk perubatan lain seperti penjagaan peribadi, kesihatan, kecantikan dan wellness di farmasi maya. Melalui cara itu, CVS juga boleh mengesahkan keaslian produk dan penjualannya dengan penggunaan teknologi non-fungible token (NFT).

Keputusan yang diambil CVS mengingatkan kepada rantaian pasaraya terbesar, Walmart yang turut menyertai metaverse dan penggunaan NFT melalui permohonan tanda dagangan pada 18 Januari lalu.

Jika permohonan tersebut berjaya, CVS mungkin perkhidmatan penjagaan kesihatan pertama yang tembus ke pasaran metaverse.

Sebagai rekod, CVS Health merupakan syarikat yang menubuhkan CVS Pharmacy dan pengeluar insurans kesihatan, Aetna.

CVS juga tersenarai dalam Fortune 500, berada di kedudukan ke-4 dengan nilai pasaran $268.7 juta selepas Apple (#3), Amazon (#2), dan Walmart (#1).

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat