Dapat Kontrak RM189 Juta, Saham Syarikat Ini Lonjak 25%!

840

Firma perkhidmatan pembinaan yang baharu disenaraikan, Tuju Setia Bhd dibuka pada 7.75 sen ketika sesi dagangan pagi tadi, 10.71% lebih tinggi daripada harga tawaran awam permulaannya (IPO) iaitu 70 sen.

Saham terbabit yang merupakan kaunter ke-11 paling untung pagi tadi, meningkat sebanyak 17.5 sen atau 25% kepada 87.5 sen.

Pada pukul 10.07 pagi, kaunter itu melonjak pada paras 79.5 sen, naik sebanyak 9.5 sen atau 13.57%. Pada paras berkenaan, permodalan pasaran syarikat itu bernilai RM251.88 juta.

Kaunter tersebut turut merupakan saham kelima paling aktif diniagakan, dengan 54.57 juta saham bertukar tangan.

Firma terbabit bertujuan mengumpul sehingga RM56 juta menerusi IPO dan RM32 juta daripadanya akan diperuntukkan untuk perbelanjaan modal yang bakal digunakan bagi membeli mesin dan peralatan pembinaan baharu serta perisian ‘Building Information Modeling’ (BIM) untuk meningkatkan kemahiran reka bentuk serta aktiviti pembinaan.

Tambahan pula, syarikat berkenaan memaklumkan akan membeli tanah dan membina fasiliti penyimpanan baharu untuk organisasi dan penggunaan mesin serta peralatan yang lebih baik selain meningkatkan kecekapan kerja-kerja penyelenggaraan.

Semalam, menerusi makluman kepada Bursa Malaysia, Tuju Setia mengatakan anak syarikatnya milik penuhnya, Pembinaan Tuju Setia Sdn Bhd telah diberikan kontrak bernilai RM189 juta untuk projek pembinaan bertingkat di Seri Kembangan, Selangor.

Projek tersebut merangkumi blok 35 tingkat yang mengandungi 865 unit pejabat kecil/pejabat rumah (SoHo) serta blok 33 tingkat dengan 526 unit pangsapuri berservis, fasiliti serta kemudahan berkaitan termasuk tempat letak kereta podium bertingkat.

Kontrak itu mempunyai tempoh 38 bulan yang bermula 1 Jun 2021 dan perlu diselesaikan pada 31 Julai 2024.

Syarikat terbabit menjangkakan projek itu menyumbang secara positif ke arah pendapatannya sehingga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat