Dapatkah Presiden Baru AS Selamatkan Huawei?

268

Kemunculan Joe Biden sebagai bakal presiden, menggantikan presiden semasa Amerika Syarikat (AS) meletakkan harapan kepada Huawei untuk kembali berdamai dengan negara itu.

Seperti yang didakwa oleh ketua pegawai teknologi Huawei Carrier Business Group, Paul Scanlan, perubahan dalam pentadbiran negara akan membuka peluang untuk menjernihkan hubungan perniagaan.

Pihak Huawei menyatakan kerelaan untuk membuka peranti jika kerajaan AS, termasuk pentadbiran negara luar mahu menjalankan pemeriksaan terhadap bahagian dalam produk teknologi mereka.

Sedia maklum pentadbiran Trump telah membuat sekatan terhadap Huawei, firma China pada Ogos lalu kerana meragui keselamatan negara dengan penggunaan teknologi keluaran syarikat itu.

Sejak daripada itu, Huawei berhadapan dengan tekanan dahsyat yang membawa kerugian kepada pembekal secara global ekoran daripada serangan rantaian bekalan oleh AS.

Pendapatan Huawei bagi 9 bulan pertama 2020 mencatatkan jumlah 671.3 bilion yuan ($98.57 bilion), meningkat hanya 9.9% dari 610.8 bilion yuan untuk tempoh masa yang sama bagi 2019. Pertumbuhan tersebut sangat perlahan kerana bagi 9 bulan pertama 2019, keuntungan Huawei meningkat sebanyak 24.4%.

Manakala keuntungan bersih firma itu hanya mencatatkan rekod 8% bagi 9 bulan pertama 2020, susut dari 8.7% bagi tempoh masa yang sama bagi 2019.

Tindakan AS menyekat Huawei menyebabkan domino effect, satu-persatu negara luar seperti Sweden, Perancis and United Kingdom (UK) turut menjalankan sekatan ke atas teknologi 5G dari firma tersebut.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat