Dasar Fiskal dibawah Pentadbiran Trump Langsung Tidak Boleh Dijangka!

61

Naib Pengerusi Fed iaitu Stanley Fisher mengatakan bahawa terdapat ketidakpastian yang ketara mengenai dasar fiskal di bawah pentadbiran Trump. Namun begitu, Fed dikatakan akan kekal dengan pendirian untuk menjadikan pasaran kerja kekal pada tahap guna kuasa penuh dan sasaran inflasi pada tahap 2 peratus.

Bercakap di Sidang kemuncak Ekonomi Warwick pada hari Sabtu, Fischer juga berkata bahawa beliau berharap keperluan modal bagi bank-bank tidak akan dikurangkan.

Menjawab soalan yang diajukan, beliau turut mengatakan bahawa tiada siapa yang mampu meneka langkah yang akan diambil oleh Trump selanjutnya.

Namun, apa yang harus dilakukan ialah, Fed perlu melunaskan tanggungjawab untuk mencapai sasaran inflasi dan menggunakan pasaran kerja dengan optimum.

Fisher turut berpendapat bahawa perundangan perbankan Dodd-Frank tidak akan dimansuhkan walaupun terdapat beberapa pengubahsuaian yang berpotensi akan dilakukan.

Peraturan itu sebelum ini telah diluluskan pada tahun 2010 selepas krisis kewangan 2008 hingga 2009 yang memerlukan bank-bank mengekalkan tahap modal yang lebih tinggi.

Trump sebelum ini ada mengarahkan agar peraturan perbankan dikemaskini selepas krisis kewangan 2008 sekali gus menjadikan saham perbankan melonjak dengan kadar yang lebih tinggi berikutan jangkaan pelonggaran peraturan pada masa akan datang.

News Penting yang Berpotensi Memberi Impak Besar Buat Pasaran Minggu Ini (13-17 Februari 2017)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat