Data Ekonomi Australia Mengecewakan, Bakal Dorong Penurunan Dagangan AUD/USD

304

Sesi pasaran Asia hari ini memberi tumpuan pada data ekonomi Australia dengan data jualan runcit dan imbangan dagangan diterbitkan pada jam 8.30 pagi waktu Malaysia.

Kadar jualan runcit Australia pada bulan Disember 2019 merosot kepada -0.5% lebih rendah berbanding jangkaan penurunan -0.2%.

Turut diterbitkan bersama data imbangan dagangan di mana lebih dagangan untuk Disember dicatatkan menurun kepada 5.22 bilion AUD berbanding bulan sebelumnya. Kadar eksport dicatatkan lebih tinggi berbanding import namun lebihan dagangan yang menurun gagal menyokong kenaikan harga.

Kenaikan harga bagi matawang dolar Australia sebaliknya lebih didorong oleh sentimen pasaran yang semakin pulih sejak semalam dengan laporan bahawa ahli penyelidikan di China telah menemui penawar bagi merawat jangkitan wabak novel Coronavirus.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD mempamerkan lonjakan pada sesi Eropah semalam dengan kenaikan harian dicatatkan sekitar 50 pips.

Mencapai paras ketinggian harian sekitar 0.67730 semalam, harga kembali membuat penurunan semula menguji zon RBS (resistance become support) pada 0.67400 sebelum bergerak perlahan dan menutup dagangan sesi New York di paras sekitarnya.

Dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini dilihat menunjukkan sedikit kenaikan dengan terbitan data ekonomi Australia tidak begitu memberi impak besar terhadap pergerakan harga.

Harga masih kekal berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) menunjukkan kecenderungan harga untuk membuat kenaikan.

Harga bakal menguji semula paras resistance pada ketinggian semalam sebelum dijangka menuju paras tumpuan pada 0.68000.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji pula zon SBR (support become resistance) pada sekitar 0.68300.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula melepasi zon RBS 0.67400 hari ini, harga bakal meneruskan semula penurunan ke zon support 0.66800 yang diuji sejak penghujung Januari lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat