Data Gaji Meleset Daripada Jangkaan, NFP Melonjak Tinggi

1,153

Laporan data pekerjaan Amerika Syarikat yang terbaru menunjukkan lebih banyak pekerjaan yang bertambah ke dalam ekonomi pada Februari. Kadar pengangguran tidak berubah dan kekal di paras terbaik 4.1% tetapi lebih tinggi daripada jangkaan 4.0%. Manakala data gaji meleset daripada jangkaan.

Pekerjaan bertambah sebanyak 313,000 bulan lalu berbanding 239,000 dicatat sebelum ini. Data bulan sebelum ini yang mencatat 261,000 telah dikaji semula kepada 239,000. Walaubagaimanapun, bacaan jauh melebihi jangkaan pasaran 205,000.

Kadar pengangguran kekal di paras 4.1% sejajar dengan jangkaan pasaran menunjukkan pasaran buruh yang kekal baik.

Average hourly earnings pula hanya meningkat 0.1% kurang daripada jangkaan 0.2%, yang juga kurang daripada kenaikan 0.3% sebelum ini.

Kenaikan dalam kadar gaji (average hourly earnings) sedang diteliti oleh Federal Reserve untuk mendapatkan lebih bukti tentang tekanan kenaikan inflasi. Dengan kenaikan kadar gaji yang perlahan, ia dijangka mengurangkan potensi kenaikan kadar faedah di masa akan datang. The Fed mengunjurkan kenaikan kadar faedah sebanyak  3 kali pada tahun ini dengan pasaran sebelum ini melihat kenaikan boleh menjangkau sehingga empat kali pada tahun ini.

Jika dilihat daripada data, US dolar berpotensi untuk melemah kerana data gaji yang kurang daripada jangkaan. Tetapi data tambahan pekerjaan yang begitu tinggi telah mengimbangi pergerakan US dollar setakat pada pukul 9.42 malam.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat