Data Inflasi US Meleset Daripada Jangkaan, USD Melemah

57

Berdasarkan laporan inflasi yang dikeluarkan pada hari ini, Indeks harga pengguna (CPI) meningkat 0.5% pada bulan September, peningkatan kedua terbesar berturut-turut dalam tempoh 8 bulan. Namun peningkatan ini sedikit tersasar daripada jangkaan yang menjangkakan peningkatan sebanyak 0.6%.

Tanpa memasukkan makanan dan tenaga dalam pengiraan, CPI utama meningkat hanya 0.1% berbanding jangkaan pada paras 0.2%.

Peningkatan dalam tenaga telah mendorong peningakatan CPI tahunan ke paras 2.2% daripada 1.9%. Namun kadar utama CPI tahunan tidak berubah pada 1.7% sejak 5 bulan lalu dan tersasar daripada jangkaan yang menjangkakan peningkatan 1.8%.

Kadar upah perjam yang mengikut perubahan inflasi menurun sebanyak 0.1% dan kejatuhan kedua berturut-turut berbanding bulan lepas.

3/4 daripada peningkatan kos sara hidup pada bulan lepas adalah didorong peningkatan harga minyak gasolin. Hal ini disebabkan badai Harvey yang melanda telah merosakkan logi-logi minyak menyebabkan pengeluaran minyak  gas terhad dan menolak harga tersebut lebih tinggi.

Harga rumah, insuran kereta dan perkhidmatan telefon selular meningkat pada bulan lepas. Namun harga perkhidamatan perubatan,pakaian dan kereta baru dan terpakai jatuh.

Selain itu, peningkatan inflasi sejak bulan Ogos telah mendorong peningkatan harga tenaga, namun harga itu mula jatuh apabila loji-loji minyak mula kembali pulih dan beroperasi kembali. Walaubagaimanapun, peningkatan inflasi masih sederhana.

Tetapi, ramai dalam kalangan ahli FOMC berpendapat inflasi akan meningkat lebih tinggi dalam tempoh 6 bulan akan datang berikutan pasaran buruh yang ketat dan ekonomi global yang semakin kukuh. Kadar pengangguran U.S, berada pada 17 tahun paras rendah iaitu pada 4.2%. Peningkatan ini membawa indikasi pelan peningkatan kadar faedah pada bulan Disember oleh Fed dapat dilaksanakan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat