Data Pekerjaan UK Kuatkan Jangkaan BOE Hentikan Pengetatan!

206

Pasaran sesi Eropah dihiasi dengan penerbitan data pekerjaan UK yang menunjukkan pertumbuhan upah mula menyederhana pada bulan Januari.

Menurut data yang dikeluarkan Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS), gaji tidak termasuk bonus dilaporkan meningkat sebanyak 6.5% berbanding 6.7% dalam tempoh tiga bulan hingga Disember.

Sementara jumlah gaji pula meningkat 5.7% tahun ke tahun dalam tempoh November hingga Januari, perlahan daripada 6.0% yang dicatatkan sebelumnya.

Kadar pengangguran UK pula kekal tidak berubah pada 3.7%, lebih baik daripada jangkaan untuk meningkat 3.8%.

Walaupun kadar pertumbuhan upah dilihat masih kukuh, tetapi apabila diselaraskan untuk inflasi, gaji asas jatuh sebanyak 3.5%, kejatuhan terbesar sejak rekod bermula pada 2001.

Dalam pada itu, jumlah gaji jatuh sebanyak 4.4% dalam terma sebenar, iaitu penurunan terbesar sejak awal 2009.

Rentetan daripada itu, ia secara tidak langsung menyokong jangkaan bahawa Bank of England (BOE) menghentikan langkah kenaikan kadar faedahnya.

Susulan data tersebut, dagangan pound tidak mempamerkan reaksi ketara dengan kekal didagangkan berlegar di paras tertinggi 3 minggu berbanding USD yang lebih lemah.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat