Data Perdagangan Australia Semakin Baik Pada September

67

Imbangan perdagangan (trade balance) Australia telah dikeluarkan pada pukul 8.30 pagi tadi yang menunjukkan penyusutan 35% kepada A$-1.23 billion daripada A$-1.89 billion bulan sebelum.

Imbangan perdagangan atau dalam bahasa inggerisnya “Trade Balance”, adalah satu indikator yang amat penting untuk kita melihat sama ada ekonomi sesebuah Negara itu baik atau tidak. Secara ringkasnya imbangan perdagangan adalah jumlah eksport tolak jumlah import bersih.

Di mana jika hasil tolak itu  positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan perdagangan) yang mana adalah baik manakala jika hasil tolak itu adalah negatif, ia dipanggi trade deficit (defisit perdagangan).

Kenapa lebihan perdagangan baik untuk sesebuah Negara? Ok, apabila kita mengatakan data imbangan perdagangan itu adalah trade surplus “lebihan perdagangan”, ia bermakna jumlah eksport adalah lebih banyak daripada jumlah import.

Pun begitu, data deifisit perdagangan Australia ini menunjukkan tanda positif kerana mencatatkan defisit yang semakin menyusut. Data yang dikeluarkan pagi tadi dianggap mengejutkan kerana jangkaan penganalisis adalah jauh lebih tinggi dari data sebenar iaitu A$1.71 bilion.

Nilai eksport meningkat 2% berbanding bulan sebelum. Import pula menyusut 1% selepas tidak berubah pada bulan sebelum.

Kita boleh lihat peningkatan dalam nilai eksport dan penyusutan import dalam rajah di bawah.

Eksport Australia semakin meningkat
Eksport Australia semakin meningkat

 

Import Australia yang stabil
Import Australia stabil

 

Trade balance yang semakin baik mendekati nilai positif
Trade balance yang semakin baik mendekati nilai positif

 

Nilai eksport barang dan perkhidmatan Australia meningkat sebanyak A$426 juta kepada A$27.25 billion pada September seperti ditunjukkan dalam rajah di atas. Import barang dan perkhidmatan pula susut sebanyak A$241 juta kepada A$28.48 billion.

Walaupun Australia telah merekodkan dagangan defisit (trade deficit) sejak 30 bulan lepas, tetapi nila defisit ini menunjukkan tren yang semakin berkurangan. Hal ini memberi isyarat kepada perdagangan Australia yang semakin baik dimana nilai eksport semakin meningkat atau import yang semakin berkurangan.

 

Ekonomi dan Dolar Australia. Apa yang Kita Tahu Setakat Ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat