Data Tempahan US Durable Goods Meningkat 1.7% Pada Bulan Ogos

51

Tempahan barangan tahan lama (durable-goods) sektor pembuatan meningkat melangkaui jangkaan pada bulan Ogos rentetan daripada ekonomi yang semakin pulih dan persepsi optimis terhadap ekonomi U.S.

Jumlah pembelian barangan tahan lama, di mana termasuk barangan pengangkutan telah meningkat sebanyak 1.7% pada bulan Ogos. Angka ini melebihi jangkaan para penganalisis ekonomi yang mensasarkan peningkatan sebanyak 1.0%.

Barangan tahan lama secara dasarnya adalahl berat dan sangat besar dan memiliki ketahanan sekurang-kurangnya 3 tahun.

Tempahan barangan tahan lama teras (core durable-goods) yang tidak mengambil kira barangan pengangkutan, meningkat sebanyak 0.2% bulan lepas seperti yang dijangka.

Tempahan barang modal yang tidak termasuk pertahanan meningkat 2.2% pada bulan Ogos berbanding bulan sebelumnya 7.9% jatuh.

Manakala tempahan barang modal yang tidak termasuk pertahanan dan pesawat meningkat sebanyak 0.9% pada bulan Ogos berbanding jangkaan 0.3% peningkatan.

Data terbaru ini menunjukkan momentum dalam perbelanjaan modal atau pelaburan dan data-data terbaru dijangka tidak memberi banyak impak kepada polisi monetari dalam masa terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat