Debaran Berita Tumpuan Utama Pasaran Mengisi Dagangan Penghujung Minggu

608

Matawang dolar USD mula kehilangan momentum pengukuhan pada dagangan semalam menjelang laporan data pekerjaan NFP yang semakin hampir dengan pelabur yang berwaspada mengawal dagangan mereka. Laporan pekerjaan NFP akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam pada Jumaat.

Penganalisis pasaran turut berpendapat bahawa keputusan positif hasil daripada rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China berkemungkinan tidak lagi menyokong kenaikan USD selepas ini ekoran harga sebelum ini telah bergerak ke arah prospek unjuran rundingan.

Pound Sterling didagangkan sekitar paras terendah satu minggu pada Rabu berikutan kebimbangan pelabur terhadap keraguan Perdana Menteri Britain, Theresa May untuk mendapatkan penangguhan tarikh pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah yang dijadualkan pada penghujung bulan ini.

Tumpuan pasaran pada sesi Eropah hari ini adalah terhadap penetapan kadar faedah dalam mesyuarat bank pusat Eropah pada jam 8.45 malam ini. European Central Bank (ECB) dijangka akan mengekalkan kadar faedah di paras sifar tidak berubah seperti paras sebelum ini sejak Mac 2016 yang lalu.

Ada pendapat yang mengatakan ECB bakal menangguhkan langkah kenaikan kadar sehingga tahun hadapan dan bank pusat tersebut akan melancarkan pinjaman bank jangka masa panjang untuk mengatasi krisis pertumbuhan ekonomi yang perlahan di zon Eropah.

Matawang komoditi pada dagangan semalam masih menunjukkan tanda-tanda penurunan. Tumpuan pasaran semalam adalah terhadap penetapan kadar faedah di Kanada. Bank of Canada (Boc) pada Rabu menyatakan ketidaktentuan sentimen pasaran menggugat tindakan kenaikan kadar di mana kadar faedah semasa dikekalkan di paras 1.75% seperti yang dijangkakan.

Namun, data IVEY PMI untuk meninjau keyakinan perniagaan di Kanada jatuh ke paras 50.6% untuk bacaan Februari lebih rendah daripada bacaan sebelum ini dan juga meleset daripada jangkaan kenaikan oleh pasaran. Data imbangan dagangan Kanada yang dikeluarkan sebelumnya juga turut mencatatkan angka yang lemah.

Tumpuan seterusnya buat Loonie akan terarah pula kepada laporan data pekerjaan di Kanada yang akan dikeluarkan bersama laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat.

Matawang dolar Australia pula masih bergerak lemah selepas bank pusat telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah seperti sebelum ini. Sesi pasaran Asia pagi ini turut mengeluarkan bacaan data jualan runcit di Kanada yang hanya mencatatkan kenaikan 0.1% untuk bacaan bulan Januari lebih rendah daripada bacaan 0.4% untuk bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat