Debaran Menanti Laporan NFP Makin Kuat, Dah Bersedia?

1,195

Dolar greenback melonjak lebih jauh pada sesi Eropah ketika pasaran dilihat optimis dengan laporan pekerjaan NFP AS pada malam ini yang dijangka akan menunjukkan peningkatan.

Indeks dolar menguat di sekitar paras ketinggian tiga bulan pada 92.60 berbanding kebanyakan matawang utama, dan berada di landasan untuk mencatat keuntungan mingguan selanjutnya.

Ekonomi AS dijangka akan menambah sebanyak 700,000 pekerjaan pada bulan Jun, menyusuli pertambahan yang lemah pada bulan sebelumnya sebanyak 559,000. Sementara kadar pengangguran pula akan terus menunjukkan penurunan kepada 5.6% berbanding 5.8% sebelumnya.

Dalam pada itu, matawang utama terus didagangkan di bawah tekanan berikutan dagangan US dolar yang kuat dan ketidakpastian yang ditimbulkan oleh penularan baru wabak coronavirus yang boleh menjejaskan usaha pembukaan semula ekonomi di Eropah dan Asia.

Matawang euro terus didagangkan suram ketika Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde mengatakan pemulihan di Zon Eropah masih lagi tidak kuat dan memberi isyarat bahawa beliau masih belum bersedia untuk menghentikan Program Pembelian Kecemasan Pandemik (PEPP).

Terbaru, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa Eropah berdepan dengan risiko gelombang baru Covid-19 susulan peningkatan 10% yang dicatatkan pada minggu terakhir.

Sementara itu, matawang pound terus melemah, dihimpit oleh tekanan daripada penularan varian Delta yang menyebabkan kes jangkitan di UK meningkat dengan mendadak. Kes Covid-19 di UK telah meningkat sekitar 71.8% dalam tempoh seminggu, dengan angka terbaru dicatatkan melonjak sebanyak 27,989 kes.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat