Demi Penumpang, AirAsia Lanjutkan Akaun Kredit Sehingga 3 Tahun!

315

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Group Bhd bakal memberikan manfaat kepada para penumpang untuk memperpanjangkan tempoh akaun kredit sehingga tiga tahun dari tarikh dikeluarkan.

AirAsia mengatakan bahawa setiap pemegang akaun kredit yang dikeluarkan sebelum 30 Jun 2021 akan mempunyai nilai tempahan penerbangan yang dilanjutkan secara automatik.

Pada 10.11 pagi, saham AirAsia turun setengah sen atau 0.6% pada 83 sen dan seterusnya memperoleh permodalan pasaran sebanyak RM3.24 bilion.

Menerusi kenyataan AirAsia, lanjutan akaun kredit sehingga tiga tahun itu hanya untuk tempahan dalam talian secara langsung yang dibuat melalui airasia.com atau aplikasi super airasia.

Manakala bagi tempahan yang dibuat melalui ejen pelancongan, penumpang boleh merujuk kepada ejen tempahan masing-masing untuk bantuan selanjutnya.

Ketua pegawai kebahagiaan pelanggan AirAsia menyatakan bahawa perkara itu akan memberikan kelonggaran kepada penumpang untuk membuat tempahan pada masa akan datang.

Namun begitu, ia hanya boleh digunakan dalam penerbangan yang dikendalikan oleh AirAsia sahaja.

Selain itu, akaun kredit juga boleh diguna pakai untuk membeli elaun bagasi, pemilihan tempat duduk, makanan dan insurans dalam penerbangan, membayar cukai dan yuran kerajaan serta perkhidmatan yang lain.

“Akaun kredit tidak terhad kepada orang yang membuat tempahan asal dan boleh digunakan untuk membayar penerbangan orang lain,” tambahnya.

Disebabkan oleh sekatan perjalanan dan penutupan sempadan antarabangsa dek kerana pendemik Covid-19, ia telah mengakibatkan AirAsia menghentikan sebahagian besar penerbangan tetapnya sejak Mac 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat