Dengan Kuasa Veto, Elon Musk Tutup Akaun Twitter CEO Aave (AAVE)?

6,136

Sejak semalam Aave (AAVE) mencatatkan peningkatan harga yang positif dengan lonjakan lebih 12.25% dari paras terendah harian $156.3 ke paras tertinggi harian, $175.5 hari ini.

Pemerhatian terhadap pergerakan aset ini mendapati lonjakan terbaharu rupanya ada kaitan dengan kenyataan daripada pengasas Aave, Stani Kulechov di laman Twitter semalam:

“TERKINI: Saya sertai Twitter sebagai CEO interim.”

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak twit tak boleh padam.

Akhirnya akaun Kulechov disekat serta merta pada tengahari tadi.

AAVE laju mencatatkan peningkatan harga hampir 10% sebaik sahaja twit tersebut dimuatnaik, begitu juga jumlah dagangannya.

Mungkin CEO Aave ini tersilap memilih masa untuk ‘bergurau’ tetapi segelintir pengguna Twitter berpendapat memang wajar akaun beliau disekat kerana menyebarkan penipuan.

Sebagai rekod, Twitter telah rasmi dimiliki Musk dalam pembelian bernilai RM191.4 bilion pada Selasa.

Susulan pemindahan milik, trilionair ini banyak memuatnaik ciapan bernada gurauan dan salah satunya mahu mewujudkan keseronokkan yang maksima di Twitter.

Tetapi sekatan akaun Twitter milik CEO Aave dilihat agak kontra dengan cita-cita Musk yang mahu menjadikan platform itu sebagai ruang kebebasan bersuara:

“Dengan kebebasan bersuara, saya maksudkan sesuatu yang padan dengan undang-undang. Saya menentang penapisan yang melampaui undang-undang.”

Tapi Twitter itu milik Musk, jadi segalanya tidak mustahil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat