Dewan Rakyat AS Luluskan Siling Hutang, Tinggal Satu Langkah Lagi!

507

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat akhirnya meluluskan rang undang-undang untuk meningkatkan siling hutang pada hari Khamis.

Langkah itu dengan mudah melepasi dewan dengan undian 314-117, walaupun terdapat beberapa pembuat dasar yang tidak bersetuju daripada kedua-dua parti Demokrat dan Republikan.

Menerusi perundangan itu, ia akan menangguhkan had pinjaman kerajaan persekutuan selama dua tahun, sehingga 1 Januari 2025.

Presiden Joe Biden menyambut baik berita itu dan menggesa supaya Senat juga meluluskannya secepat mungkin untuk beliau tandatanganinya menjadi undang-undang.

Usai mendapat kelulusan Dewan, rang undang-undang itu akan dibawa terus ke peringkat Senat AS untuk diundi selewat-lewatnya hujung minggu ini sebelum diserahkan kepada Presiden Joe Biden.

Kerajaan AS kini mempunyai masa beberapa hari sahaja lagi sebelum 5 Jun, di mana ia akan kehabisan wang untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat