Di Ambang Kritikal, Alibaba Tidak Akan Bertahan Lama Jika Fokuskan Pasaran China

603

Kali terakhir saham Alibaba menjadi perhatian pada Ogos lalu, di mana berlaku lonjakan sehingga 3.57% selepas dikhabarkan bakal disingkirkan dari Taiwan.

Terkini dilaporkan firma gergasi China sedang berhadapan dengan awal fasa kritikal dengan jumlah pengguna aktif di negara itu sebanyak 750 juta.

Situasi tersebut menuntut untuk firma itu tidak lagi menfokuskan kepada pasaran negara sendiri semata-mata, sebaliknya perlu mencari peluang di luar China dan di Asia Tenggara.

Menurut pengarah kajian di D. A. Davidson, Gil Luria, Asia Tenggara berpotensi untuk ‘menghidupkan’ perniagaan itu dalam jangka masa yang lebih lama.

Amerika Latin dan Afrika misalnya masih ada ruang untuk pertumbuhan teknologi e-commerce dengan pengaruh China. Manakala, Alibaba sudah dikenali di sekitar Asia Tenggara menerusi platform Lazada, dengan pemilikan majoriti sahamnya.

Manakala untuk firma itu menembus pasaran Eropah Barat dan Amerika Syarikat (AS) adalah sangat mustahil ekoran daripada polisi dan persepsi terhadap data.

Tidak dinafikan, perbalahan antara China-AS tidak melibatkan Alibaba secara langsung, tidak seperti WeChat, TikTok dan Huawei.

Namun, kedinginan dua negara ini telah meletakkan firma tersebut sebagai mangsa ketika AntFinancial gagal untuk membeli syarikat pemindahan wang A.S, MoneyGram selepas Committee on Foreign Investment in the United States (CFIUS) menolak permintaan itu kerana isu keselamatan negara.

Buat masa sekarang, pendapatan Alibaba kebanyakan dari perniagaan runcit yang merangkumi platform membeli-belah seperti Taobao dan Tmall, termasuk rangkaian perniagaan runcit online-to-offline.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat