Platform E-dagang Alibaba Bakal Disingkirkan Dari Taiwan?

142

Taiwan pada hari Isnin memberikan tempoh selama 6 bulan kepada syarikat domestik laman web e-dagang Alibaba Group Holding Ltd yang dikenali sebagai Taobao untuk mendaftar semula sebagai pelaburan China dan bukannya pelaburan asing, atau meninggalkan pulau kecil tersebut serta-merta.

Ketika ketegangan politik yang semakin meningkat, Taiwan telah meningkatkan pengawasan terhadap pelaburan China dan operasi firma teknologi China di pulau itu. Pada minggu lalu, pihaknya merancang untuk menghentikan penjualan tempatan perkhidmatan streaming televisyen internet China, walaupun ia tidak merancang untuk menjalankan sekatan terhadap syarikat itu.

Sementara itu, suruhanjaya pelaburan Kementerian Ekonomi Taiwan mendedahkan bahawa Taobao Taiwan itu dikendalikan oleh syarikat berdaftar Britain yang dikenali sebagai Claddagh Venture Investment, sebuah firma pelaburan yang sebenarnya berada di bawah pengendalian Alibaba.

Hal ini demikian kerana suruhanjaya tersebut bimbang terhadap keselamatan maklumat kerana data pengguna dihantar kembali ke China. Tambahan daripada itu, Taobao Taiwan dikhabarkan telah didenda sebanyak $ 13,960.77 dolar dan mempunyai tempoh 6 bulan untuk menarik diri daripada pelaburannya, atau mendaftar semula.

Di samping itu, syarikat tersebut tidak menganggap sebagai pelaburan asing. Oleh itu, mereka seharusnya mendaftar sebagai pelaburan China.

Sementara itu, Taiwan memperlakukan pelaburan dari negara asing dengan cara yang berbeza daripada China, yang dikenakan peraturan jauh lebih ketat.

Walaupun Taobao memilih untuk mendaftar sebagai pelaburan China di Taiwan, ia masih boleh melanggar peraturan yang melarang syarikat-syarikat China dari sektor yang penting untuk membiayai model perniagaannya, seperti pembayaran pihak ketiga atau iklan.

Taobao Taiwan, yang dilancarkan pada tahun lalu, sebelum ini mengatakan bahawa ia adalah platform yang sama sekali berbeza dari Taobao China.

Walaubagaimanapun, Alibaba tidak mahu memberikan apa-apa maklum balas berkenaan isu tersebut manakala syarikat Claddagh tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat