Diam-diam Ethereum Menjadi Sasaran Pelabur Institusi Selepas Bitcoin

2,000

Ketika Bitcoin (BTC) menjadi perhatian dunia sebagai emas digital, Ethereum (ETH) juga tidak ketinggalan menjadi aset paling menonjol selepas lonjakan melepasi $1,000 pada minggu lepas.

Menurut pelabur makro terkemuka, Dan Tapiero, bersandarkan pada permodalan pasaran yang tinggi ETH sebenarnya sudah berjaya menarik perhatian para pelabur institusi global.

Jelasnya dalam satu episod podcast The Breakdown bersama Nathaniel Whittermore, jumlah ransangan yang telah dimasukkan ke dalam penawaran wang telah mengubah landskap kewangan.

Ketika landskap ekonomi terus mengalami perubahan, Ethereum mula menerima tumpuan para pelabur institusi.

“Tidak mustahil jika para pelabur institusi mula memerhatikan Ethereum walaupun tiada khabar angin mengatakan hal demikian. Ianya satu kejutan yang orang ramai tidak terfikir langsung.”

Lebih mengukuhkan dakwaannya itu, pengasas DTAP Capital mengingatkan rancangan Northern Trust untuk mewujudkan perlindungan terhadap aset kripto turut menjadi salah satu faktor ETH menarik tumpuan pelabur besar.

“Northern Trust memiliki $1.3 trilion dalam perlindungan aset di bawah pengurusan. Dan jika mereka melindungi Bitcoin dan Ethereum, ini bermakna mereka telah memiliki sejumlah klien yang berminat untuk membeli kedua-dua aset tersebut.”

Terdahulu, unit perniagaan yang dibangunkan oleh Standard Chartered Bank, SC Ventures bersama perkhidmatan kewangan dan pelaburan, Northern Trust telah bersetuju untuk melancarkan solusi perlindungan institusi bagi matawang kripto, Zodia Custody.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat