Dogecoin Tergelincir Lebih 20% Kerana Elon Musk! Apa Dah Jadi?

2,253

DOGE melonjak tidak henti kerana pengasas Tesla, Elon Musk. Namun, gara-gara individu itu juga DOGE boleh susut teruk kerana tweetnya pada awal pagi tadi.

Menurut jutawan itu, whales merupakan satu-satunya masalah yang dihadapinya ketika dia mendorong harga matawang shiba inu itu melonjak tinggi, luar dari jangkaan kebanyakan pelabur kripto.

Susulan daripada itu, Musk menggesa pemilik besar Dogecoin untuk mencairkan pegangan mereka dan menjadikan matawang kripto itu lebih demokratik:

“Jika pemilik besar Dogecoin menjual kebanyakan DOGE, mereka akan mendapat sokongan penuh daripada saya. Pada pendapat saya, perhatian yang terlalu tinggi merupakan masalah sebenar.”

Selepas kicauan itu dimuatnaik, harga DOGE menyusut lebih 20%.

Pada masa yang sama, baru-baru ini pengasas bersama Dogecoin, Billy Markus ada memuatkan surat terbuka berkaitan nilai DOGE di laman Reddit r/dogecoin.

Jelasnya: “Ramai orang bercakap tentang Dogecoin yang akan mencecah $1 – menjadikan permodalan pasarannya lebih besar daripada kebanyakan syarikat perkhidmatan seperti Boeing, Starbucks, American Express, IBM. Adakah Dogecoin layak untuk itu? Itu bukan sesuatu yang saya wajar fahami, apalagi menjawab.”

Menariknya lagi, Markus sendiri tidak memiliki sebarang pegangan dalam Dogecoin.

Pada 2015, individu itu telah menjual kesemua DOGE miliknya selepas diberhentikan kerja untuk membeli kereta terpakai Honda Civic.

Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada 0.054, susut 15.82% dalam 24 jam. Manakala permodalan pasarannya mencatatkan nilai lebih $7 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat