Doktor Sahkan Donald Trump Sudah Sihat

258

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan telah menamatkan rawatan Covid-19 dan boleh kembali bertemu orang ramai pada hujung minggu ini.

Perkara itu disahkan oleh doktor peribadinya, Sean Conley. Beliau berkata Trump bertindak balas dengan baik terhadap ubat-ubatan yang diberikan dan kekal stabil.

Berdasarkan memo yang dikeluarkan oleh White House semalam, Conley berkata Trump menunjukkan tanda-tanda positif melawan virus berkenaan.

“Esok merupakan hari ke-10 sejak beliau menjalani diagnosis dan berdasarkan trajektori diagnostik lanjutan yang dijalankan oleh pasukan saya, saya menjangkakan beliau selamat bertemu orang ramai,” ujar memo tersebut.

Dalam pada itu, Trump ketika ditemubual dengan Fox Business Channel menerusi panggilan telefon berkata, beliau kembali sihat kerana mendakwa dirinya adalah ‘spesimen fizikal yang sempurna’.

Tambah Trump, beliau telah berhenti mengambil kebanyakan ubat-ubatan tetapi masih mengambil steroid.

Walaupun Conley menyatakan Trump tidak mempunyai sebarang simptom tetapi timbul persoalan tentang bilakah kali pertama Trump dijangkiti dan sama ada beliau masih boleh menyebarkan virus itu kepada orang lain.

Trump memaklumkan beliau berkemungkinan mengambil satu lagi ujian Covid-19 hari ini dan berharap mahu mengadakan perhimpunan bersama para penyokongnya hujung minggu ini.

Terdahulu, Trump menolak cadangan mengadakan debat Presiden secara maya dengan pencabarnya, Joe Biden.

Beliau menegaskan tidak akan membuang masa untuk menghadiri debat secara maya selepas para penganjur acara itu akan dilakukan di kawasan tertutup ekoran Trump telah diuji positif Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat