Dolar Kanada Raih Pengukuhan Selepas BOC Kekalkan Kadar Faedah Pada 1.75%!

143

Dolar Kanada meraih pengukuhan berbanding dolar USD susulan pengumuman terbaru Bank Pusat Kanada (BOC) yang mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada 1.75% seperti yang dijangkakan, sekali gus merangsang pergerakan loonie untuk diniagakan lebih tinggi berbanding USD dan beberapa matawang utama lain.

BOC meninggalkan kenyataan optimis terhadap ekonomi Kanada selain menyatakan tanda-tanda awal ekonomi global menunjukkan kestabilan dan menegaskan ketidakpastian yang disebabkan oleh perang perdagangan kekal menjadi ancaman utama kepada prospek ekonominya.

Selain itu, dagangan loonie juga disokong oleh harga minyak mentah disebabkan jangkaan bahawa OPEC akan melanjutkan pengurangan pengeluaran minyak pada mesyuarat Persidangan OPEC yang berlangsung pada hari ini dan esok.

Sementara itu, matawang dolar USD diniagakan mendatar pada sesi Asia dengan isu perdagangan masih menjadi pemacu kepada matawang itu selain turut terkesan oleh data-data ekonomi AS yang lemah.

Data pekerjaan (Automatic Data Processing) ADP menunjukkan jumlah pekerjaan sektor swasta di Amerika Syarikat bertambah sebanyak 67, 000 pekerja pada November, jauh tersasar daripada jangkaan sebanyak 137, 000 dan penambahan pada bulan Oktober sebanyak 121, 000 pekerja.

Data ISM bukan pembuatan pula menunjukkan penurunan kepada 53.9 pada bulan November daripada 54.7 pada bulan sebelumnya dan berada di bawah jangkaan 54.5. Ini terutamanya didorong oleh aktiviti perniagaan yang mengalami kemerosotan ketara.

Di Eropah, dagangan pound terus mencatat pengukuhan dengan diniagakan di atas paras $1.31 berbanding dolar USD dan meraih paras tertinggi baharu berbanding euro, diangkat oleh jangkaan yang semakin meningkat bahawa Parti Konservatif akan memenangi pilihan raya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat