Dolar Melonjak Sementara Saham AS Merundum

247

Dolar melonjak ke paras tertinggi 16 bulan pada Isnin sementara saham Amerika Syarikat (AS) menurun dek kebimbangan pelabur mengenai gambaran ekonomi yang kurang jelas.

Hal ini kerana kerisauan terhadap trend inflasi yang terus meningkat dan dijangka kekal lama telah membebankan pasaran Wall Street sehingga menjejaskan saham dan minyak, seterusnya mendorong untuk dolar terus meningkat.

Indeks dolar yang mengukur mata wang dolar mencapai 95.510 pada Isnin yang tertinggi sejak 2020 yang mana terakhir naik 0.398% pada 95.394.

Kenaikan pada dolar tersebut berlaku selepas satu laporan mengejut pada minggu lepas yang menyaksikan inflasi AS sedang meningkat sehingga membebankan pasaran. Rentetan daripada itu, pelabur tertanya-tanya jika Federal Reserve (Fed) mungkin terpaksa menaikan kadar lebih awal dan jika pengguna AS perlu mempertimbangkan harga yang tinggi untuk jangka panjang.

Dalam pada itu, Dow Jones Industrial Average jatuh 0.04%, S&P 500 tidak berubah dan Nasdaq turun 0.04%.

Indeks MSCI ekuiti dunia yang menjejaki saham di 45 negara meningkat 0.08%.

Para pelabur mungkin sedang menunggu data jualan runcit AS yang akan dikeluarkan pada Selasa selepas mengambil maklum laporan pada Jumaat yang menunjukan sentimen pengguna mencecah paras terendah akibat inflasi.

Hasil bon 20 tahun meningkat 5 mata asas pada 2.04% dan hasil bon 30 tahun meningkat 5 mata asas pada 2.04%.

Hasil penanda aras 10 tahun menaik 4 mata asas pada 1.62% dan meningkat dari paras terendah sebulannya pada Selasa yang mencatat 1.42%.

Harga minyak kekal selepas mencecah paras terendah seminggunya dalam sesi dagangan awal yang berakhir bercampur. Harga minyak mentah menurun kerana spekulasi bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden akan menggunakan Rizab Petroleum Strategik AS.

Niaga hadapan Brent turun 12 sen taua 0.2% pada $82.05 setong sementara harga minyak mentah U.S. west Texas Intermediate (WTI) naik 8 sen atau 0.1% pada $80.88.

Harga emas spot jatuh 0.10% pada $1,862.24 per auns.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat