Donald Trump Gesa Fed Turunkan Kadar Faedah Untuk Bayar Hutang Negara

570

Presiden A.S Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan untuk mendesak Federal Reserve (Fed) supaya menurunkan kadar faedah menjelang mesyuarat FOMC bagi sesi Januari akan diadakan pada jam 3 pagi esok (waktu Malaysia).

Dalam kenyataan beliau melalui laman twitter malam tadi, Trump berkata bahawa bank pusat perlu bijak dan mengurangkan kadar pinjaman utamanya supaya lebih berdaya saing dengan negara-negara utama lain.

Kenyataan kali ini agak berbeza berbanding sebelum ini apabila beliau turut menambah bahawa dengan berbuat demikian, ia dapat membantu A.S untuk membayar balik dan pembiayaan semula hutang global yang semakin meningkat.

Trump sebelum ini berulangkali menekan Fed untuk mengurangkan kadar faedahnya di mana setakat ini ia disasarkan pada julat antara 1.5%-1.75% selepas tiga kali diturunkan pada tahun lepas.
Walaupun dengan beberapa pemotongan dilakukan pada tahun lalu, beliau tetap tidak berpuas hati dan mengkritik tindakan Fed yang dilihat bergerak perlahan untuk melonggarkan dasar monetari.

Hutang negara telah meningkat kepada $23.2 trilion dengan peningkatan sebanyak 16.4% sejak pentadbiran Trump mengambil alih sementara defisit fiskal pula naik lebih daripada $1 trilion pada 2019 iaitu kali pertama sejak 2012.

Berikutan daripada itu, Pengerusi Fed Jerome Powell telah menggesa Kongres untuk mengurangkan defisit selain turut mengatakan bahawa kadar faedah lebih rendah dapat menurunkan risiko hutang yang tinggi dalam ekonomi.

Rentetan beberapa petunjuk yang diberikan oleh ahli-ahli Fed sebelum ini mengenai kadar faedah dan pengukuhan dalam pasaran buruh serta isu perdagangan AS-China yang mereda, tiada perubahan dasar monetari dijangka akan dilakukan oleh Fed pada mesyuarat FOMC kali ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat