Dovish Draghi Melemahkan Eur/Usd Pukul Tiga Petang Tadi

32

Eur/Usd menjunam 50 pip pukul tiga petang tadi selepas komen dari Presiden ECB (European Central Bank) Mario Draghi tersebar dan pasaran dengan pantas menyerap komen beliau khususnya pasaran Eropah dan instrumen berkaitan matawang Euro.

Draghi berpendirian tiada keperluan untuk mengubah kenyataan polisi ECB, termasuk pembelian bon sehingga penghujung tahun ini dan juga kadar faedah terendah, sehingga inflasi mencapai paras yang memberangsangkan, katanya pada Khamis.

“Saya tidak melihat sebab untuk mengubah haluan dari petunjuk yang kami berikan dalam kenyataan awal sidang media polisi sebelum ini,” kata Draghi dalam konferens di Frankfurt.

Tambahnya lagi, “Sebelum membuat perubahan kepada pendirian kami dalam komponen — kadar faedah, pembelian aset dan panduan ke hadapan — kami perlu mendapatkan keyakinan yang mencukupi bahawa inflasi akan dicapai dalam jangka masa sederhana, dan akan kekal di paras tersebut walau dalam keadaan kurangnya rangsangan polisi monetari.

Ahli-ahli ECB dilihat berusaha untuk mengelakkan sebarang jangkaan perubahan polisi oleh pasaran pada mesyuarat April ini dengan kenyataan-kenyataan ‘dovish‘ yang dibuat sejak minggu lalu. Mesyuarat Jun akan menjadi lebih penting dalam jangka masa sederhana berikutan tempoh tersebut adalah selepas pilihanraya Presiden Perancis.

Eur/Usd menjunam 50 pip sehingga 1.0640 sebelum stabil semula ketika ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat