Draghi Kata Tiada Sebab Untuk Mengubah Pendirian ECB

62

Presiden ECB Mario Draghi berucap di Madrid sebentar tadi dan masih lagi mengekalkan nada ucapan ‘dovish‘ beliau seperti sebelum ini yang dapat kita lihat diterjemahkan ke dalam pasaran matawang dengan Eur/Usd melemah walaupun terhad.

Dalam ucapan beliau, Draghi mengatakan  berdasarkan penilaian semasa terhadap kesan sampingan kepada ekonomi menunjukkan tiada sebab untuk ECB mengubah pendirian yang telah diberikan semasa kenyataan polisi dalam sidang media sebelum ini.

“Apabila kita memperkenalkan instrumen polisi ‘unconventional’ adalah bagi mencapai semula kepada sasaran inflasi dan kita sedar instrumen baru yang digunakan boleh menyebabkan banyak kesan sampingan lebih banyak daripada instrumen konvensional,” kata Draghi.

“Suasana makroekonomi semakin baik,” kata Draghi. Polisi monetari yang digunakan beberapa tahun lalu telah terbukti efektif dalam memulihkan ekonomi dengan kukuh di semua wilayah dan sektor.

Walaubagaimanapun, Draghi berkata suasana semasa memerlukan kita untuk terus meneliti tiga perkara penting ini yang termasuk: kesan kepada pengambilan risiko dalam pemberian pinjaman oleh bank, impak kepada keuntungan bank dan juga impak kepada institusi pelabur.

Dari segi komen beliau terhadap inflasi, beliau masih menyatakan tren kenaikan inflasi asas masih belum kukuh dan sejajar dengan komen yang dibuat oleh Peter Praet awal hari ini di mana ECB memerlukan lebih banyak data untuk mengurangkan rangsangan monetari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat