ECB Belum Boleh Menarik Nafas Lega, Klass Knot Beri Amaran Mengenai Kadar Inflasi!

234

Klaas Knot yang merupakan penggubal dasar Belanda tampil untuk mengutarakan pandangan mengenai isu inflasi. Beliau secara asas berpendapat bahawa inflasi zon eropah berkemungkinan akan berkurangan ke paras di bawah 2% pada akhir tahun hadapan. Namun Bank Pusat Eropah harus bersedia untuk berhadapan senario yang berisiko bagi mengelak komitmen dasar yang kurang menyenangkan.

Inflasi telah meningkat melebihi 4% pada bulan lalu. iaitu dua kali ganda lebih daripada sasaran yang ditetapkan ECB iaitu 2%. Atas dasar itu, ECB telah menolak gesaan untuk mengetatkan dasar ditambah pula mereka berpandangan bahawa kenaikan inflasi ini hanyalah sementara.

Knot yang merupakan ahli konservatif Governing Council memberi amaran bahawa walaupun tekanan harga dilihat sementara namun terdapat beberapa faktor yang mungkin berlarutan lebih lama.

Komen Knot hadir beberapa minggu sebelum ECB dijangka membuat keputusan untuk menggulung skim rangsangan 1.85 trilion euro ($2.14 trilion), Program Pembelian Kecemasan Pandemik dan mungkin akan mempertimbangkan alternatif lain untuk mengatasi kelemahan yang ada.

Knot menyatakan, dalam keputusan penting ini, ECB tidak sepatutnya mengikat  terlalu lama kerana inflasi yang lebih tahan lama mungkin memerlukan tindakan dasar lebih awal daripada yang dirancang sekarang.

“Kita tidak boleh membuat komitmen tanpa syarat berpanjangan yang mungkin akhirnya tidak serasi dengan bagaimana prospek inflasi berkembang,” kata Knot.

Lanjut beliau, kesan kenaikan cukai dan kenaikan harga minyak masa lalu memang akan pudar, namun kesesakan rantaian bekalan dan kenaikan harga tenaga masa hadapan mungkin mengekalkan tekanan inflasi. Maka dengan itu persiapan harus dibuat kerana tekanan harga sementara ini tidak semestinya jangka pendek.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat