ECB Memilih Untuk Memantau Buat Masa Ini! Adakah Ini Keputusan Terbaik?

218

Dalam laporan terkini Bank Pusat Eropah memilih untuk mengekalkan kadar faedah dan program rangsangan kewangan kecemasan kerana ingin memantau keadaan ekonomi zon Eropah buat masa ini.

Dalam satu kenyataan, ECB menyatakan akan meneruskan program rangsangan yang telah dirangka dan diumumkan pada bulan Mac yang lalu sebagai langkah untuk mengurangkan kejutan ekonomi disebabkan wabak Covid-19.

Pada bulan lalu, ECB telah meningkatkan lagi jumlah rangsangan monetari sebanyak 600 bilion euro dan ini menjadikan jumlah program rangsangan monetari menjadi 1.35 triliu euro. Rancangan program ini  dijangka untuk digunakan sehingga Jun 2021 atau sehingga bank pusat percaya bahawa krisis ini sudah berakhir.

Bank Pusat menegaskan bahawa pembelian aset di bawah PEPP akan terus dilakukan secara “fleksibel” dari masa ke semasa. Kadar faedah bagi operasi pembiayaan adalah sebanyak 0%.

ECB menjangkakan kadar faedah berkemungkinan akan dikekalkan pada kadar sekarang atau lebih rendah sehingga kadar inflasi menghampiri atau berada sekitar 2%.

Matawang Euro tidak banyak berubah berbanding US dolar dengan berada pada paras $ 1.14.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat