ECB Naikkan Kadar Faedah 0.50%, Tapi EUR/USD Junam Hingga 140 Pips!

167

Selepas mesyuarat FOMC, European Central Bank (ECB) menjadi tumpuan pada sesi New York semalam untuk keputusan penetapan dasar monetari menyusuli mesyuarat Bank of England (BOE) yang berlangsung lebih awal.

ECB memutuskan untuk kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas ke paras 3.00% menepati ramalan dan turut mengesahkan 50 mata asas lagi kenaikan akan dilaksanakan pada mesyuarat Mac nanti.

Presiden ECB, Christine Lagarde menyatakan bahawa keputusan tersebut walau bagaimanapun akan dinilai berdasarkan data-data yang akan diterbitkan selepas ini.

Namun, agak mengecewakan pelabur apabila mata wang Euro gagal pamerkan pengukuhan selepas keputusan mesyuarat yang positif itu.

Sementara US dolar yang dilihat mendominasi sehingga ke penghujung sesi untuk kembali meraih semula keuntungan selepas alami penyusutan ketara pada sesi-sesi sebelumnya.

Gelora belum berakhir dengan tumpuan terarah pula kepada terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam ini.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD pada mulanya menyaksikan harga telah melonjak melepasi paras ketinggian 1.10000 selepas FOMC, namun harga gagal bertahan di atas paras tersebut apabila kembali menjunam semula.

Penurunan harian sekitar 140 pips telah dipamerkan sehingga harga mencecah kembali ke zon tumpuan 1.09000 sebelum ini.

Perlahan di sekitar tersebut sehingga dagangan bersambung di sesi Asia pagi ini (Jumaat), isyarat perubahan trend bearish buatkan pelabur berhat-hati ekoran harga telah mula berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Penurunan lebih rendah jika diteruskan dilihat akan menuju ke zon sokongan harga awal minggu iaitu pada 1.08000.

Tembus lebih rendah boleh mendorong harga susut sehingga ke paras sekitar 1.07000.

Namun jika harga berjaya melantun semula membuat kenaikan, masih lagi zon rintangan 1.10000 akan menjadi tumpuan untuk diuji.

Berjaya menyambung kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan pada ketinggian 1.12000 untuk rekod tertinggi harga bagi tempoh 11 bulan.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat