ECB Umumkan Pembelian Bon Dilanjutkan Semula!

315

Bank Pusat Eropah (ECB) telah bersetuju untuk meluluskan pakej rangsangan seperti yang dijangka pada hari Khamis dengan mengurangkan kadar faedah utama (key interest rate) dan meluluskan pembelian bon bagi pusingan baru. Tindakan ini dilakukan bertujuan untuk menjana pertumbuhan ekonomi zon eropah dan menahan jangkaan kadar inflasi daripada jatuh.

ECB telah mengurangkan kadar deposit kepada bacaan -0.5% daripada 0.4% dan akan meneruskan kembali pembelian bon sebanyak 20 billion euro sebulan bermula November ini.

Dengan kadar inflasi yang sedang jatuh, negara Jerman yang sedang berhadapan dengan risiko kegawatan ekonomi dan perang dagang global yang telah mengurangkan keyakinan domestik menyebabkan ECB cuba bertindak dengan harapan ia dapat menyokong ekonomi blok Eropah. Persoalan yang tinggal ialah sejauh mana pakej rangsangan ini akan memberi kesan?

“Governing Council menjangkakan pembelian bon akan terus berlangsung selagi diperlukan untuk menguatkan kesan dasar monetari dan mengakirinya sebelum kadar faedah dinaikkan.” – Kenyataan ECB

Tambah ECB, Governing Council menjangkakan kadar faedah utama ECB akan kekal pada paras terendah terkini atau lebih rendah sehinggalah unjuran inflasi semakin meningkat menghampiri paras 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat