Eh! Kenapa Matawang Euro Jatuh?

630

US dolar didagangkan stabil pada sesi Asia selepas kembali meningkat daripada paras terendah satu bulan, sementara euro pula terbenam rendah berikutan jangkaan menyuramkan mengenai keputusan dasar Bank Pusat Eropah (ECB).

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan meningkat pada 93.87.

Tumpuan pasaran pada minggu ini terarah kepada mesyuarat bank pusat ECB dan Bank Pusat Kanada (BOC).

Mesyuarat polisi ECB yang akan berlangsung pada hari Khamis, dijangka akan berakhir dengan keputusan dasar yang longgar dan dovish.

Menurut penganalisis, ECB mungkin melanjutkan program pembelian bon kecemasan Covid-19 dan menegaskan bahawa kenaikan inflasi adalah sementara sebagai langkah dovish.

Sekiranya ECB memberi kenyataan hawkish, bank pusat mungkin melihat inflasi akan berterusan dan menunjukkan bahawa PEPP akan berakhir atau memberi indikasi mengenai kenaikan kadar pada masa akan datang.

Pada sesi Asia, matawang euro susut pada sekitar harga 1.1600 berbanding US dolar, melihatkan keresahan pelabur menjelang mesyuarat ECB.

Data sentimen perniagaan Jerman tinjauan Ifo yang diterbitkan pada Isnin menunjukkan bacaan menyuramkan untuk bulan Oktober, menandakan ketidakyakinan pelabur berikutan masalah rantaian bekalan yang memberi kesan kepada perniagaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat