Ekonomi Turki Membimbangkan – Inflasi Turki Melonjak 73%, Tertinggi Sejak 1998!

11,385

Kadar inflasi tahunan Turki melonjak ke paras tertinggi 24 tahun sebanyak 73.5% pada bulan Mei, didorong oleh perang di Ukraine sehingga membawa kenaikan harga minyak dan kejatuhan wang lira. Angka tersebut hanya kurang sedikit daripada angka yang dikhuatiri para pakar ekonomi.

Inflasi telah melonjak sejak musim luruh lalu, apabila lira menyusut dengan penyusutan yang besar selepas bank pusat melancarkan kitaran pelonggaran 500 mata asas.

Angka terbaru inflasi itu telah melepasi 73.2% yang disentuh pada 2002 dan merupakan yang tertinggi sejak Oktober 1998, apabila inflasi tahunan adalah 76.6% dan Turki sedang berjuang untuk menamatkan sedekad inflasi yang tinggi. Walau bagaimanapun, ramalan konsensus inflasi tahunan meningkat kepada 76.55%.

Harga pengguna bulan ke bulan meningkat 2.98% berdasarkan Institut Statistik Turki (TUIK) pada hari Jumaat, berbanding ramalan tinjauan Reuters sebanyak 4.8%.

Kos pengangkutan dan makanan masing-masing melonjak sebanyak 108% dan 92% sepanjang tahun lepas, mencerminkan krisis ekonomi yang semakin mendalam bagi rakyat Turki yang bergelut untuk membeli barangan asas. Indeks harga pengeluar domestik meningkat 8.76% bulan ke bulan pada bulan Mei untuk kenaikan tahunan sebanyak 132.16%.

Matawang Lira melemah 0.25% kepada 16.5050 berbanding US dolar mencecah paras paling lemah sejak Disember. Mata wang tempatan jatuh 44% pada 2021 dan 20% lagi tahun ini.

Walaupun kadar tahunan tertinggi dalam dua dekad pentadbiran Erdogan, Menteri Kewangan Nureddin Nebati berkata di Twitter bacaan inflasi bulanan semakin rendah dalam tanda positif.

Nebati sebelum ini menyatakan bahawa inflasi akan jatuh kepada satu digit dalam masa sehingga pilihan raya tahun depan yang termaktub di bawah program ekonomi yang mengutamakan kadar faedah rendah, pengeluaran dan eksport yang tinggi, serta lebihan akaun semasa.

Bagaimanapun defisit perdagangan meningkat 157% tahun ke tahun pada bulan Mei kepada $10.7 bilion, terutamanya disebabkan oleh import tenaga. Bank pusat meramalkan inflasi satu digit menjelang akhir 2024.

Pakar ekonomi melihat inflasi kekal tinggi untuk baki 2022 dan mengakhiri pada 63%, berdasarkan anggaran median.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat