Elon Musk Jual $4 Bilion Saham Tesla Untuk Beli Twitter!

2,042

‘Oh, dari sana rupanya dia cekau duit beli aplikasi media sosial tu.’

Selepas selesai membeli syarikat media sosial Twitter Inc pada tempoh hari, Elon Musk kini dilaporkan menjual sejumlah saham Tesla yang bernilai US$4 bilion bagi membantu pembiayaan pembelian syarikat tersebut.

Menurut pemfailan sekuriti Amerika Syarikat (AS), Musk telah menjual sebanyak 4.4 juta saham yang bernilai $4 bilion atau bersamaan 2.6% kepentingan dalam syarikat kereta eletrik, Tesla.

Sejurus selepas khabar tersebut tersebar, Musk menerusi Twitter-nya menciap bahawa ‘tiada lagi saham Tesla untuk dijual pada hari ini‘.

Sementara itu, penjualan terbaharu oleh jutawan itu telah dibuat selang beberapa hari selepas beliau membeli Twitter pada harga $44 bilion secara tunai, yang menyaksikan Musk mengawal sepenuhnya platform media sosial tersebut.

Selain itu, sebahagian perjanjian pembelian, Musk berikrar akan menyediakan komitmen ekuiti sebanyak $21 bilion, walaupun ia masih tidak jelas bagaimana beliau akan menampung baki pembiayaan ekuiti $17 bilion lagi.

Suka diingatkan bahawa Musk juga memegang 43.61% kepentingan dalam syarikat roket, SpaceX yang bernilai $100 bilion.

Dalam pada itu, Musk dikhabarkan sedang mencari rakan kongsi untuk mengurangkan sumbangan ekuiti perjanjiannya.

Sebagai rekod, ini merupakan penjualan saham Tesla pertama sejak harga saham tersebut turun kepada $16.4 bilion pada November lalu, selepas pengguna Twitter menyuruh beliau menjual 10% kepentingan syarikat.

Pada sisi yang berbeza, beberapa pelabur berasa bimbang akan keadaan kewangan Musk dalam membiayai sumbangan tunai sebanyak $21 bilion tersebut, selain menganggarkan jutawan itu mungkin perlu menjual lagi saham Tesla.

Sungguhpun begitu, nilai kekayaan Elon Musk menurut Forbes bernilai sebanyak $268 bilion.

Nota penulis:

Salam dihulur tanda ingatan,
Moga ukhwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Intraday.my titipkan,
Buat pembaca dan kenalan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat