Elon Musk Tertekan Dengan Akaun ‘Fake’ Satoshi Nakamoto!

1,093

“Bertenang semua, mungkin Musk sekarang tengah mencari penyelesaian la tu.”

Pemilik platform media sosial X, Elon Musk telah didesak oleh komuniti mata wang kripto untuk menyingkirkan akaun yang menyamar sebagai pencipta Bitcoin (BTC) Satoshi Nakamoto susulan melanggar syarat perkhidmatan.

Selain memberi amaran supaya tidak membuat profil palsu daripada individu atau organisasi dikenali, Pledittor berkata bahawa pengguna dilarang menyalahgunakan identiti melainkan mereka adalah akaun parodi.

Memang tidak dinafikan Andy Rowe yang menguruskan profil Nakamoto telah senyap sejak Oktober 2018, tetapi akaun itu muncul semula susulan beliau pada 2 Oktober semalam telah meluahkan hasratnya untuk menyelidik aspek whitepaper BTC.

Ekoran komuniti kripto pantas menyokong pendirian Pledditor, ramai yang melabelkan akaun tersebut sebagai memalukan telah menggesa Musk untuk mengambil tindakan segera.

Selama bertahun-tahun, pelbagai individu telah menuntut gelaran Satoshi Nakamoto, tetapi identiti sebenar pencipta BTC sehingga kini masih disembunyikan walaupun Craig Wright pernah mengisytiharkan hak cipta pada whitepaper BTC.

Baru-baru ini, Musk telah mengkritik media arus perdana dengan menyuarakan rungutannya terhadap program CBS News “60 Minutes” yang membuat liputan tentang Sam Bankman-Fried iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FTX.

Hal ini kerana Musk berpandangan kenyataan dilaporkan oleh media tersebut adalah sangat berat sebelah dan tidak adil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat