Emas Atur Langkah Untuk Mendaki Semula

1,431

Emas mendaki semula ketika permintaan terhadap safe-haven kembali meningkat di tengah kebimbangan bahawa sekatan terhadap Rusia akan menjejaskan ekonomi global lebih parah.

Peningkatan emas mula dipaparkan pada Selasa, di mana harga perlahan-lahan meningkat dari sekitar $1,900 kepada $1,950 per auns pada sesi New York.

Bagaimanapun, harga sedikit merosot pada sesi Asia hari ini yang menunjukkan logam berharga itu didagangkan di sekitar $1,937 per auns kerana dibantutkan oleh pengukuhan US dolar.

Dolar greenback didagangkan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama, menghampiri paras ketinggian satu bulan yang menyebabkan logam emas lebih mahal bagi pemegang mata wang lain.

Emas sebelum ini meningkat susulan kebimbangan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden akan mengumumkan sesuatu yang bakal mencetuskan kekacauan lebih besar dalam perang Rusia-Ukraine.

Namun, setelah mendengar ucapan Biden di hadapan Kongres pada sesi Asia, tiada apa yang mengejutkan pelabur mengakibatkan logam berharga itu hanya mempamerkan sedikit reaksi harga.

Sementara itu, gangguan ke atas bekalan tenaga, bijirin dan logam disebabkan sekatan terhadap Rusia mendorong kebimbangan pelabur bahawa ekonomi global akan terkesan dan membantutkan pemulihan dari Covid-19.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat