Emas Bergelut Pertahankan Keuntungan!

1,457

Emas kembali didagangkan stabil selepas susut ketara di tengah-tengah pengukuhan US dolar dan hasil bon AS yang lebih tinggi.

Logam kuning itu jatuh menyentuh paras terendah hampir dua minggu $1,940 pada Rabu, sebelum mencatat lonjakan semula untuk didagangkan pada sekitar harga $1,955 per auns ketika sesi dagangan Asia hari ini.

Kemerosotan hasil bon AS 10 tahun dan US dolar berikutan pengambilan untung oleh pelabur, telah memberi manfaat kepada emas untuk meningkat semula.

Bagaimanapun, kenaikan yang dicatatkan adalah terhad memandangkan hasil bon dan raja mata wang itu masih lagi kukuh di paras tertinggi.

Jangkaan terhadap pengetatan lebih agresif dalam dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) terus menyokong USD untuk menguat, menyebabkan daya tarikan emas berkurang bagi pemegang mata wang utama lain.

Walaupun begitu, ketidakpastian yang berterusan dalam konflik Rusia dan Ukraine dan lonjakan inflasi global membantu mengekang logam safe-haven itu daripada jatuh lebih rendah.

Dalam perkembangan terbaharu, tentera Rusia memberitahu bahawa mereka akan merampas kilang keluli Mariupol yang merupakan kubu pertahanan utama terakhir selepas Ukraine mncadangkan rundingan mengenai memindahkan tentera dan orang awam di sana.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat