Emas Gagal Naik Lebih Tinggi

6,750

Ketika mata wang berisiko lain memanfaatkan penyusutan US dolar pada awal minggu, emas turut tidak ketinggalan untuk meningkat lebih tinggi di atas harga $1,830 per auns.

Namun, keuntungan yang dicatatkan gagal dipertahankan selepas logam kuning itu kembali susut apabila US dolar membuka langkah untuk bangkit semula.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan sedikit menyusut pada $1,811 per auns, gagal mempertahankan keuntungan pada $1,836 per auns yang dicapainya pada sesi sebelum ini.

Selain itu, kenaikan harga emas turut dibantutkan oleh kenyataan bank-bank pusat utama untuk menaikkan kadar faedah mereka, terutamanya Bank Pusat Eropah (ECB).

Penggubal dasar ECB, Klaas Knot memberitahu kadar akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas pada bulan Julai dan juga tidak menolak kemungkinan untuk kenaikan 50 mata asas.

Sementara Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell pula terus mengulangi bahawa bank pusat komited untuk menaikkan kadar faedah sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa.

Walaupun emas dianggap sebagai lindung nilai terhadap lonjakan inflasi, tetapi jangkaan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat menyebabkan logam kuning itu cenderung untuk menurun.

Penerbitan data inflasi UK kini menjadi fokus utama pasaran yang dijangka akan meningkat lebih tinggi pada bulan April kepada 9.1% daripada 7.0%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat