Emas Hitam Kukuh Menuju Hujung Minggu!

337

Harga minyak kukuh setelah mencatatkan kenaikan semalaman yang ketara berikutan kelemahan matawang US dolar dan tanda-tanda bahawa gangguan pengeluaran minyak di Teluk Mexico akan berterusan lebih lama dari dijangkakan.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat sedikit susut pada $69.83 setong, sementara dagangan minyak Brent pula menguat pada $73 setong ketika pasaran memasuki sesi Eropah.

Kedua-dua penanda aras telah melonjak 2% pada hari Khamis, meletakkan dagangan WTI di landasan untuk naik 1.5% untuk minggu ini, manakala Brent menuju kenaikan mingguan 0.3%.

Kenaikan minggu ini sebahagian besarnya dipengaruhi oleh kejatuhan US dolar, yang menjadikan minyak lebih murah bagi pemegang matawang lain, dan kejatuhan disebabkan Taufan Ida yang melanda Teluk Mexico pada hujung minggu lalu.

Kira-kira 1.7 juta tong sehari pengeluaran minyak mentah dihentikan berikutan kerosakan pada fasiliti minyak yang memperlambatkan penempatan semula kru ke pelantar.

Selain itu, pengurangan dalam bekalan minyak mentah AS juga menyokong pengukuhan harga yang sedikit terkesan dengan keputusan OPEC+ untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 400,000 tong sehari setiap bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat