Emas Intai Peluang Nak Meroket Lagi

1,919

Logam berharga emas bertahan di paras tertinggi 18 bulan pada Selasa di tengah risiko yang terus meningkat dalam pasaran akibat serangan Rusia ke atas Ukraine.

Banyak negara Barat sedang mempertimbangkan dan telah mengenakan pelbagai sekatan berat terhadap Rusia dan komoditi yang terkesan telah menyaksikan lonjakan yang sangat besar. Ini termasuk minyak, gas, tembaga dan emas.

Namun pada hakikatnya, emas meningkat sebagai safe-haven dan lindung nilai kepada inflasi. Situasi yang semakin memburuk antara Rusia dan Ukraine serta negara-negara Barat lain telah mendorong kebimbangan inflasi yang tinggi dan menjejaskan ekonomi global susulan sekatan yang dikenakan terhadap Moscow.

Susulan kebimbangan ini, emas telah meningkat ke $2,000 per auns buat pertama kali sejak Ogos 2020 pada awal dagangan Isnin dan kekal didagangkan tinggi pada sesi Asia hari ini di sekitar harga $1,985 per auns.

Pengukuhan harga emas bagaimanapun sedikit terbantut ekoran kekuatan US dolar yang turut mendapat manfaat daripada ketidaktentuan dalam pasaran dan pelabur yang optimis menjelang mesyuarat polisi FOMC pada minggu depan.

Sementara itu, pelabur kini terlebih dahulu menantikan data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat yang akan diterbitkan pada hari Khamis dan pasaran menjangkakan kadar inflasi tahunan utama meningkat 7.8%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat